1. Harga untuk pengambil Pekerja (Amah Perempuan) [Semua pengurusan termasuk medikal setiba pekerja di Brunei ]
B$ 2,000.00 [Brunei Dollar: Dua Ribu]
- Agen Fee + Submission Dokumen Fee (Kos Hangus) : B$ 600.00
- Advance 7 Bulan Salary : B$ 1,400.00
B$ 2,000.00
i. Cara Pembayaran 1. Ketika Pemilihan Biodata : B$ 1,400.00
2. Ketika Pekerja Tiba Di Brunei : B$ 600.00
[Nota: Ketika pemilihan biodata kadang-kadang passport pekerja sudah sedia ada (siap), kadang-kadang passport pekerja belum ada. Namun deposit masih sama seperti yang ditetapkan, ini adalah untuk membantu mempercepatkan pemprosessan passport dan juga yang lain]
ii. Tempoh masa pekerja sampai ke Brunei dari tarikh surat kelulusan dari pihak Imigresen Brunei lebih kurang dalam masa 4 – 5 minggu (Jika tidak bermasalah dalam pemprosessan).
* Peringatan : Agen Fee + Submission Dokumen Fee tidak akan dikembalikan ke Majikan (pekerja telah datang), ini adalah risiko para majikan yang mengambil pekerja melalui Agency. Wang berkenaan telah digunakan untuk pembiayaan pemprosessan mendatangkan pekerja berkenaan. Kecuali pekerja yang dijanjikan tidak datang sama sekali DALAM TEMPOH 3 BULAN daripada calling visa pekerja dipohonkan, barulah pihak majikan dapat menuntut wang berkenaan.
2. Gaji Pekerja, Pemotongan Gaji Dan Tempoh Kontrak
i. Gaji : B$ 230.00 sebulan.
ii. Tempoh Kontrak dengan Majikan : 2 Tahun. Setelah 2 tahun bekerja, majikan bertanggungjawab untuk membelikan tiket pesawat kepada pekerja untuk pulang ke Indonesia . Pihak RJEA hendaklah dimaklumkan sekiranya ada pemberhentian kontrak dengan pekerja sebelum habis kontrak 2 tahun.
iii. Pemotongan gaji pekerja. Gaji pekerja akan dipotong selama 7 bulan (B$ 200.00 sebulan dan selebihnya B$ 30.00 hendaklah diserahkan pada pekerja berkenaan).
- 7 Bulan untuk membayar wang Advance awal kepada Majikan
iv. Majikan mestilah meyimpan rekod gaji Pekerja selama pekerja bekerja. Salinan rekod tersebut mestilah diberi kepada pekerja setiap bulan agar tidak berlaku perselisihan faham di sepanjang masa kontrak bekerja. Pihak RJEA berhak meminta kepada pihak majikan rekod tersebut sekiranya perlu.
v. Insuran dan Kad Pengenalan adalah ditanggung oleh Majikan setiba pekerja di Brunei . Kosnya adalah ditanggung sendiri oleh Majikan tanpa memotong ataupun menolak dari gaji pekerja.
3. Jaminan Penggantian Pekerja
i. Jaminan selama 3 bulan daripada tarikh pekerja masuk ke Brunei . Pekerja hendaklah diserahkan bersama dengan dokumen (Passport, Slip X-Ray dan Darah dan juga Kontrak pekerja).
ii. Jaminan untuk kes SAKIT atau TIDAK BOLEH MELAKUKAN KERJA YANG PATUT : berkaitan dengan pekerjaan sebagai Pembantu Rumah Tangga sahaja.
iii. TIADA GANTIAN untuk kes DERA, CABUL, ANIAYA (fizikal, mental, diskriminasi atau layanan buruk), CEREWET yang keterlaluan dan melanggar .
iv. Majikan perlu menjelaskan kesemua gaji pekerja selama berada di rumah majikan. Pekerja dikira sebagai pekerja sementara kerana kontrak baru akan bermula pada tarikh kemasukkan pekerja gentian yang baru dan gaji pekerja gentian akan dipotong seperti awal (Pekerja baru).
v. Gaji untuk pekerja sementara dikira mengikut kadar harian B$ 10.00 sehari.
vi. Jaminan SAH jika majikan mengikut peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang disediakan oleh pihak RJEA.
vii. Jaminan TIDAK SAH jika majikan gagal mematuhi peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang telah disediakan dan juga terdapat cubaan menipu contohnya mengusir pekerja, berpakat untuk menggagalkan MEDIKAL ataupun memfitnah.
viii. Jaminan juga TERBATAL sekiranya majikan tidak memberikan kerjasama dalam urusan imigresen dan tukar majikan atau membatalkan pas kerja pekerja tanpa kebenaran Agen dan Agen tidak akan bertanggungjawab untuk mengganti pekerja baru mahupun mengembalikan wang majikan.
ix. Jaminan HANYA 1 KALI GANTIAN sahaja. Gantian tertakluk kepada biodata tersedia dan sesuai.
x. Syarat-syarat gentian tertakluk kepada syarat-syarat, peraturan dan bayaran terkini. Majikan hendaklah membayar perbezaan bayaran semasa dan dahulu jika ada.
xi. Majikan perlu menandatangani borang perlepasan (Transfer Form), menyediakan salinan lesen pekerja asing (Quota), kad pengenalan dan bayaran Insuran tidak boleh dituntut kembali.
4. Tanggungjawab dan Sikap Majikan Terhadap Pekerja
i. Majikan disarankan untuk memberi layanan yang baik kepada pekerja. Sebaik-baiknya pekerja itu dianggap sebagai sebahagian dari komponen keluarga.
ii. Majikan hendaklah cuba melatih/mengajar pekerja dalam waktu masa percubaan 3 bulan ditakuti pekerja mengalami kejutan budaya dan kesukaran penyesuaian dengan majikan.
iii. Pekerja berhak mendapatkan perlindungan kesihatan, keselamatan dan layanan manusiawi sesuai norma-norma agama islam. Majikan dilarang sewenang-wenang nya menggunakan kata-kata kesat, memukul dan sebagainya yang tidak boleh dianggap sebagai penderaan psikologi dan fizikal terhadap pekerja.
iv. Majikan hendaklah menyediakan peralatan-peralatan asas kepada pekerja selama pekerja bekerja dengan mereka seperti : Sabun Mandi, Berus Gigi, Ubat Gigi, Shampoo dan Tuala Wanita (Mudis).
v. Sekiranya pekerja sakit seperti demam dan sebagainya, majikan hendaklah membiayai pembelian ubat-ubatan yang sesuai atau membawa pekerja berjumpa doktor / klinik.
vi. Majikan disarankan untuk mengambil Takaful/Insuran untuk pekerja sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti Kematian dan sebagainya.